Peta Menu Laman Ini
Laman Utama - Kembali ke laman Utama
Script mIRC - Senarai Download Script Melayu
mIRC Client - Cara Menggunakan mIRC
Apa itu DCC? Kaedah DCC dan caranya
Apa itu Nuke? Informasi tentang Nuke dan Protection
Server Undernet - Arahan Services Undernet
Server Dalnet - Arahan Services Dalnet/Webnet

 Winnuke (virus dalam IRC)
WinNuke ialah sejenis program yang dicipta sebagai 'senjata' untuk menakut-nakutkan pengguna didalam IRC, menganiaya mereka-mereka yang tidak bersalah dan juga yang bersalah. Apakah benar WinNuke boleh menakutkan anda, menyebabkan Win3.1, Win95 atau WinNT anda 'hang', iaitu skrin berwarna biru keluar, dan anda terpaksa restart Win* anda?.

 
 

Bagaimana WinNuke mampu menganiaya
WinNuke akan menghantar OOB (Out Of Band) data kepada IP address mangsa melalui internet, dan kebiasaannya port yang menjadi sasaran ialah port 139. OOB ini akan menyebabkan Win* anda menjadi 'hang' kerana tidak mampu mengendalikan data yang diterima. 

 

Bagaimana caranya untuk mengatasi Nuke ini?
Caranya ialah dengan membetulkan WIn* OS anda dengan updater. Sila download patch VTCPUPD.EXE (256 KB) dan double click fail tersebut, dan WIn* anda akan selamat dari WinNuke. 

 IRC Bots

 IRC Bot ialah sejenis program yang dicipta supaya ianya berada didalam channel (biasanya 24jam sehari); mengawal ketenteraman channel; membuat kejahatan seperti takeover, flooding dan annoying; dan memberi perkhidmatan kepada channel tersebut. Di sini saya hanya akan menerangkan tentang IRC Bot yang baik, iaitu yang tidak membuat kejahatan.

Seringkali users tersalah anggap di antara IRC BOT dengan IRC SCRIPTS.IRC scripts mampu berfungsi sebagai IRC Bot, terutamanya berkenaan dengan auto responds (remote section). Diharap anda dapat membezakan antara IRC scripts dengan Bot.

IRC Bot biasanya dirun dari unix servers, dan bot yang run dari windows adalah biasanya bot yang dikendalikan oleh newbies.Bot dirun dari unix kerana unix system biasanya akan diconnect kepada internet 24jam, (takkan nak dialup ISP 24 jam?). Bot yang paling popular ialah Eggdrop,ditulis dalam TCL programming language.
Ada juga bot dikendalikan dari OS window95/98 tetapi menggunakan talian ISDN Cara ini agak mahal . selalu digunakan di cybercafe. Bot script command seakan akan Eggdrop bot juga banyak di dapati


Peta Menu Laman Ini
Laman Utama - Kembali ke laman Utama
Script mIRC - Senarai Download Script Melayu
mIRC Client - Cara Menggunakan mIRC
Apa itu DCC? Kaedah DCC dan caranya
Apa itu Nuke? Informasi tentang Nuke dan Protection
Server Undernet - Arahan Services Undernet
Server Dalnet - Arahan Services Dalnet/Webnet

Back